Hak Muslim: Pembahagian harta sepencarian
Oleh: Muhamad Isa Abd Ralip.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Soalan
RUMAH tangga saya bahagia selepas berkahwin lebih 15 tahun. Kemusykilan saya ialah apabila mengenai pasangan bergaduh, bercerai atau apabila satu pasangan meninggal dunia, kemudian mereka menuntut harta yang dibeli bersama. Timbul kemusykilan kenapa suami isteri boleh menuntut harta sepencarian, apa beza dengan harta pusaka sedangkan bahagian harta pusaka untuk suami atau isteri sudah ditetapkan melalui sistem faraid. Apa rasionalnya dibenarkan menuntut harta sepencarian dan bagaimana mahkamah syariah membuat keputusan atau mekanisme yang digunakan untuk mengira jumlah nilai harta sepencarian?
Suami Bertuah
Selangor
Jawapan
Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka.
Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu.
Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Kenyataan itu dibuat dengan maksud adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.
Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.
Prosedur pembahagian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum syarak. Merujuk kepada amalan biasa penghakiman di mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.
Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.
Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003 menetapkan: Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.
Kemudian seksyen 122 (2) menjelaskan, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian mengenai:
>Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu,
>Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka,
>Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.
Tertakluk kepada seksyen 122 (2), mahkamah hendaklah membuat pertimbangan sama banyak. Namun, mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122 (3).
Untuk menjalankan perintah di bawah Seksyen 122(3) mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 122 (4):

>Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga,
>Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.
Tertakluk kepada pertimbangan seksyen 122 (4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
Perbezaan harta sepencarian dan faraid adalah faraid pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak kepada para ahli waris. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala' (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.
Hukum pusaka disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan serta dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah serta ijma' ulama.

Sumber: Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Abd Rahaman Rasid
Agen bertauliah as-Salihin Trustee Bhd
(Kad Autoriti: No.P.H.I 1401432)
Email: abdrahaman@gmail.com
Telefon: 013 366 1242.
6 comments:
steri dn suami tlh becerai pd 2009 ktika suami dlm tahanan polis..slps keluar dri penjara pd thn ni beliau mnyuruh isteri menjual rumah (ats nma bsama) n menuntut 50% dr jmlh jualan. adakah beliau berhak? krn slama ini beliau mengabaikan tgungjwb ansuran rmh dn isteri menguruskn semuanya dri awal pembelian rmh tersebut? dn jika beliau layak berapa % kh yg layak diterima dri jumlah harga semasa rmh tsebut jka di jual.jika suami menuntut 50% sedang kn isteri memberi sumbangan kira2 90% (tidak adil) n isteri tdk bersetuju ats tuntutan tsebut - adakah tuntutan suami di mahkamah nanti akan berjaya dr sgi undang2 syariah? n mgambil kira sumbangan isteri yg lebih besar.
Apakah terdapat perbezaan dalam tuntutan mengenai harta sepencarian sekiranya...
a) perceraian di mohon oleh pihak isteri atas alasan suami mengabaikan tanggungjawab...
b)dalam tuntutan fasakh terhadap suami.
c) permohonan cerai dibuat oleh suami dgn alasan tiada sefahaman..
terima kasih kerana menjawab kemusykilan ini..
Assalamu'alaikum,
satu pasangan suami isteri telah membuat perisytiharan harta sepencarian. Mereka juga tidak mempunya anak lelaki. Sekiranya si isteri meninggal dunia adakah adik beradi si isteri berhak ke atas bahagian si isteri tersebut.

Jawapan: Jika waris yang tinggal ada adek lelaki/dan perempuan, mereka berhak ke atas ke atas bahagian harta sepencarian yang telah dibahagi oleh suaminya itu. Jika tidak jelas call saya rahaman 013 366 1242
Apakah terdapat perbezaan dalam tuntutan mengenai harta sepencarian sekiranya...
a) perceraian di mohon oleh pihak isteri atas alasan suami mengabaikan tanggungjawab...
b)dalam tuntutan fasakh terhadap suami.
c) permohonan cerai dibuat oleh suami dgn alasan tiada sefahaman..
Jawapan: Harta sepencarian adalah pengistiharan pembahagian harta semasa hidup dan kedua-dua pihak telah bersetuju dan sign. Ia telah berkuatkuasa masa tandatangan. Jadi soalan (a), (b) dan (c) tidak lagi relevan.
Isteri dn suami tlh becerai pd 2009 ktika suami dlm tahanan polis..slps keluar dri penjara pd thn ni beliau mnyuruh isteri menjual rumah (ats nma bsama) n menuntut 50% dr jmlh jualan. adakah beliau berhak? krn slama ini beliau mengabaikan tgungjwb ansuran rmh dn isteri menguruskn semuanya dri awal pembelian rmh tersebut? dn jika beliau layak berapa % kh yg layak diterima dri jumlah harga semasa rmh tsebut jka di jual.jika suami menuntut 50% sedang kn isteri memberi sumbangan kira2 90% (tidak adil) n isteri tdk bersetuju ats tuntutan tsebut - adakah tuntutan suami di mahkamah nanti akan berjaya dr sgi undang2 syariah? n mgambil kira sumbangan isteri yg lebih besar.
Jawapan: Semua kemungkinan boleh. Ia bergantung kepada keputusan mahkamah. Pandai-pandailah cari peguam yang pandai dan berpengalaman dalam bidang ini.
Post a Comment