Monday, January 3, 2011

Macam-Mana Nak Tuntut Harta Sepencarian?

Saya ada menerima satu panggilan telefon dari seorang perempuan yang baru bercerai beberapa bulan lepas dan ingin menuntut harta sepencarian dari bekas suaminya. Beliau ingin mendapatkan nasehat saya.

Berdasarkan percakapan telefon itu dengan Puan Ann (nama samaran), semasa menjadi suami-isteri, pasangan ini sudah membeli sebuah banglo di Lembah Kelang ini. Sudah tentu harganya mahal yang menyebabkan isteri kepingin hendak mendapatkan haknya ke atas banglo itu.

Banglo itu baru siap dan sekarang diduduki oleh bekas suami serta anaknya yang masih kecil. Anak itu adalah hasil perkahwinan dengan Puan Ann itu. Mengikut Puan Ann, bekas suami tidak mahu membahagikan hak pemilikan banglo itu kepada Puan Ann kerana bekas suami yang membayar ansuran pinjaman. Jadi Puan Ann merasa kecewa dengan kata-kata bekas suaminya itu.

Saya telah bertanya tentang butir-butir pemilikan banglo itu dari Puan Ann itu. Mengikut Puan Ann, banglo itu mempunyai dua nama, iaitu Puan Ann dan bekas suami. Pinjaman diambil dari Maybank dengan mengguna dua nama, iaitu Puan Ann dan bekas suami.

Isu di sini ialah perlu ke Puan Ann membuat tuntutan harta sepencarian ke atas banglo itu?

Jawapan saya ialah Puan Ann tidak perlu membuat tuntutan harta sepencarian ke atas banglo itu. Ini kerana nama Puan Ann adalah salah seorang pemilik banglo itu, dan pinjaman pun atas dua nama--suami-isteri. Si-suami memang tidak boleh menjual banglo itu kerana Puan Ann adalah pemilik bersama. Apa-apa pun, tandatangan puan Ann masih laku dan berkuasa. Kalau Puan Ann takut tertipu semasa penjualan banglo nanti, Puan Ann bolehlah melantik peguam sendiri bagi menjaga kepentingannya.

Kisah kedukaan Puan Ann kerana gertakan suami dan suami menduduki dengan gembira rumah itu....itu cerita lain. Itu belum masuk cerita bekas suami akan kahwin lain dan membawa isteri baru ke rumah yang dimiliki juga oleh Puan Ann...hehehe...

Konsep harta sepencarian dalam konteks "isteri" ialah tuntutan isteri ke atas harta yang atas nama suami, biasanya baglo, rumah teres, tanah lot, tanah pertanian, kondo dan apartment.

Sekiranya nama isteri tidak ada tercatit dalam geran atau hakmilik, jarang sangat si-isteri akan meminta suaminya membuat deklarasi harta sepencarian. Ini kerana isteri-isteri berfikiran positif, tidak akan berlaku penceraian dan pasangan ini akan hidup-semati. Itu harapan kita semua, tetapi berlaku takdir, tidak siapa yang tahu, kecuali Allah.

Tetapi apabila berlaku penceraian, atau suami berkahwin lagi. masa itu barulah isteri tahu akan tinggi-rendahnya langit....dan masa itu akan berlaku penyesalan oleh isteri.

Ya, memang benar tuntutan harta sepencarian masih boleh dibuat dengan melantik peguam dan turun-naik mahkamah. Tetapi kalau isteri tidak mempunyai duit untuk melantik peguam, tak payahlah! Bak kata orang Negeri Sembilan "menghabiskan bores je". Lagi pun, bukan semua peguam pandai dan ikhlas menuntut hak kita. Pada mereka bayaran guaman yang lebih penting....(sori kepada peguam-peguam). Kalau kalah, itu keputusan hakim....kami peguam, telah try the best.

Kalau harta setakat rumah pangsa bernilai RM50,000 pun susah juga...mungkin tak berbaloi menuntut harta sepencarian kerana kena bayar kos guaman dan turun-naik mahkamah, itu pun belum tentu menang. Ini belum masuk tentangan betubi-tubi waris-waris seperti kesah Raja Nong Chik dan Syed Kechik. Ia juga belum masuk membuat dosa kering akibat tidak bertegur sapa dan kecil hati sesama saudara-mara hendak berebut harta.

Iktibar daripada kesah Puan Ann di atas ialah semasa pasangan suami-isteri hidup damai, isteri harus mempastikan haknya ke atas harta sentiasa ada dan terpelihara, kecuali isteri jenis tak kesah. Hak isteri ini ke atas sebarang boleh dilakukan samada dengan:
  • memasukkan nama isteri ke dalam geran/hakmilik (syarat: tidak dibiayai oleh bank), atau
  • menandatangani Perjanjian Harta Sepencarian.

Sekiranya memerlukan khidmat penulisan Harta Sepencarian, Wasiat dan Pra-Hibah sila hubungi saya seperti berikut:

Abd Rahaman Rasid
Agen bertauliah as-Salihin Trustee Bhd
(Kad Autoriti: No.P.H.I 1401432)
Email: abdrahaman@gmail.com
Telefon: 013 366 1242.

1 comments:

mala said...

adakah polisi iansuran yang diambil oleh suami semasa masih suami isteri dikira hantar sepencarian