Friday, June 11, 2010

Mengapa Tuntutan Harta Sepencarian Menjadi Minat Isteri-Isteri?

Harta Sepencarian
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Deklarasi Harta Sepencarian mampu menyelesaikan masalah isteri sekiranya berlaku penceraian, suami berpoligami dan mahu mendapat lebih daripada sistem faraid...


Konsep dan tuntutan harta Sepencarian biasa dikaitkan secara langsung pasangan suami-isteri sahaja.

Tuntutan harta sepencarian selalu dikaitkan dengan wanita yang bergelar isteri-isteri. Ini kerana isteri, khususnya isteri yang tidak bekerja akan beranggapan dirinya dan anak-anaknya tidak akan selamat apabila berlaku "hal-hal yang tidak diingini kepada suami".

"Hal-hal yang tidak diingini kepada suami" termasuklah kematian suami, penceraian dan suami kahwin lebih daripada satu. Mari kita tengok bagi setiap kes di atas.

Kematian Suami

Sekiranya suami meninggal dunia dan tidak pula membuat wasiat, maka isteri menghadapi risiko mendapat harta yang sedikit, iaitu berdasarkan kepada hukum faraid. Mengikut hukum faraid, isteri akan mendapat satu perlapan daripada harta suaminya. Baki tujuh perlapan akan dibahagikan kepada waris-waris seperti yang telah ditetapkan oleh hukum faraid. Biasanya anak-anak dan ibu-bapa.

Sebenarnya hukum faraid adalah penyelesaian terakhir dalam membahagi harta jika ada perbalahan di kalangan waris-waris semasa hendak mengagihkan harta pusaka.

Semasa suami-isteri hidup, isteri berhak menuntut apa sahaja bahagian yang beliau kehendaki, katakan setengah daripada harta suami. Tetapi hajat itu hendaklah dibuat semasa suami masih hidup dan suami pula bersetuju atas permintaan isterinya.

Jika suami tidak membahagi harta semasa beliau hidup, maka suami boleh membuat wasiat atau perjanjian harta sepencarian dan menyatakan dengan jelas bahagian harta yang hendak dibahagi kepada isterinya.

Tetapi membuat wasiat ini ada risikonya.

Risikonya ialah apabila waris-waris tidak bersetuju akan pembahagian harta kepada isteri seperti yang dinyatakan dalam wasiat suami itu. Jika ada tentangan waris, maka isteri akan mendapat satu perlapan sahaja, iaitu mengikut hukum faraid. Jadi harapan isteri mendapat harta lebih daripada satu perlapan hanya tinggal angan-angan sahaja.

Bagi mengatasi risiko di atas, isteri hendaklah bijak. Isteri hendaklah mempengaruhi suami supaya pasangan ini membuat perjanjian harta sepencarian. Perjanjian harta sepencarian pada dasarnya ialah perjanjian kontrek yang mengikat kedua-dua pihak ke atas bahagian harta yang dipersetujui. Dalam kes ini, suami bersetuju membahagikan harta dan isteri pula bersetuju menerima bahagian harta itu.

Jika berlaku kematian suami, isteri berhak mendapat bahagian harta yang dinyatakan dalam perjanjian harta sepencarian. Jika dokumen harta sepencarian ini dibuat dengan baik, ia boleh dibawa ke mahkamah dan hak isteri itu akan terpelihara.

Jika Berlaku Penceraian

Penceraian adalah satu malapetaka dan ia tidak sesuai dibincangkan. Tetapi jodoh, rezeki, ajal dan tanah perkuburan adalah ditentukan oleh Allah. Oleh itu kita perlu tahu risiko apabila berlaku penceraian khususnya kepada kaum wanita.

Sekiranya suami meninggal dunia, isteri berhak mewarisi harta suami samada mengikut wasiat atau perjanjian harta sepencarian.

Bagaimanapun, wasiat tidak berguna kepada "bekas isteri" apabila berlaku penceraian semasa suami-isteri hidup. Ini kerana "bekas isteri" selepas penceraian bukanlah pewaris mengikut hukum faraid. Isteri yang diistilah sebagai waris ialah "masih isteri" apabila kematian suami.

Bagaimanapun, risiko ini boleh di atasi oleh isteri jika ada perjanjian harta sepencarian antara suami-isteri. Tuntutan harta sepencarian diistilah sebagai perkara yang harus diselesaikan dahulu sebelum wasiat dan faraid.

Tuntutan harta sepencarian adalah sama tarafnya dengan hutang dunia dan akhirat si-suami yang mesti dibereskan sebelum membahagikan harta pesaka kepada waris mengikut wasiat atau faraid.

Suami Kahwin Lebih Daripada Satu (Poligami)

Suami-isteri telah hidup lama membangunkan keluarga dan mengumpul harta. Secara logiknya, isteri akan mendapat hak yang adil di atas harta yang dikumpul oleh suami-isteri itu.

Apabila suami berkahwin dua atau lebih, isteri pertama akan merasakan kedudukannya terancam. Mungkin sebahagian daripada hak milik harta yang diharap-harapkan oleh isteri (pertama) dahulu akan tinggal angan-angan sahaja.

Bagi mempastikan isteri pertama mendapat hak pemilikan yang sewajarnya, maka isteri (pertama) hendaklah mempengaruhi suami supaya membuat perjanjian harta sepencarian awal-awal lagi.

Tetapi, jangan pula isteri (pertama) menuntut suami supaya membuat perjanjian harta sepencarian selepas suami berkahwin dua! Ini kerana konsep perjanjian harta sepencarian hanya relevan semasa mereka masih suami-isteri.

Secara teknikal, salinan sijil nikah akan dilampirkan kepada perjanjian harta sepencarian sebagai bukti yang mereka masih suami-isteri semasa mereka menandatangani perjanjian harta sepencarian.

Tiada Anak atau Tiada Anak Lelaki

Sekiranya pasangan suami-isteri tiada anak lelaki atau hanya ada perempuan sahaja, deklarasi harta sepencarian adalah salah satu penyelesaian yang baik dalam membahagikan harta kepada orang yang kita kehendaki.

Mengikut Hukum Faraid, sekiranya pasangan tidak ada mempunyai anak lelaki atau ada anak perempuan sahaja, maka waris faraid berkemungkinan besar adalah adik-beradik si mati. Ada pasangan yang tidak mahu harta mereka diberikan kepada adik-beradik sekiranya mereka mati. Maka samada suami atau isteri bolehlah menandatangani deklarasi harta sepencarian supaya harta tersebut diberikan kepada pasangannya, iaitu isteri memberi hartanya kepada suami, dan suami memberikan hartanya kepada isteri. Deklarasi tersebut berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja kedua belah pihak menandatangani deklarasi harta sepencarian.

Kesimpulan

Perjanjian harta sepencarian adalah alat yang sangat berkesan bagi mempastikan hak-hak isteri (secara tak lansung anak-anak)terutamanya rumah kediaman, kondo atau apartmen terjamin. Ini kerana pembahagian harta sepencarian hendaklah dibahagi dahulu sebelum wasiat dan faraid.

Kita hendaklah bersikap positip dan berdoa supaya kekal sampai ke akhir hayat pertalian suami-isteri dan anak-anak. Tetapi Tuhan memberi kita otak untuk berfikir apa yang baik untuk kita. Sebab, isteri yang menyesal kemudian tidak berguna lagi.


harta sepencarian
Perancang Harta Islam
Untuk membuat wasiat dan Deklarasi Harta Sepencarian, sila hubungi:
 

Abd Rahaman Rasid 
Email: abdrahaman@gmail.com
013-366-1242
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad


Internet Wealth Report: Get Free Copy

9 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum En Abd Rahaman,

Saya telah terbaca catatan En Abd Rahaman di internet mengenai perkara di
atas.
Cuma saya ada satu kemusykilan mengenai satu kes dan ingin mendapatkan
nasihat dari En Abd Rahaman.

Sepasang suami isteri telah bercerai pada Jun 2002. Bagaimanapun mereka
tidak membuat harta sepencarian kerana masing2 telah berjanji
tidak akan menuntut apa2 kerana pada ketika itu mereka cuma ada 2 kereta
(isteri ambil 1 kereta dan bekas suami 1 kereta) serta satu rumah teres
(baru dibeli pada Mac 2002) yg masih belum dibayar apa2.

Kini masalah berbangkit kerana rumah teres yg dibeli tidak dibayar oleh
pihak bekas suami sehingga kini (mungkin bekas suami tidak mampu).
Isteri telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab membayar rumah teres
tersebut di mana kini status rumah tersebut adalah NPL (none performing
loan) kerana tidak pernah dibayar oleh bekas suami (walau pada mulanya
bekas suami beriya2 mahukan rumah tersebut).
Masalah timbul berkaitan ownership/hakmilik rumah tersebut kerana walaupun
pihak isteri setuju membayar, oleh kerana nama dalam Sales Purchase
Agreement (SPA) ada 2 nama (isteri dan bekas suami) maka hakmilik mesti
diberikan pada 50-50 yang mana adalah tidak adil untuk pihak isteri yg
membayar.

Peguam telah menasihatkan untuk isteri dan bekas suami membuat satu
Settlement Agreement di mana pihak bekas suami bersetuju untuk tidak
menuntut apa2 pada rumah tersebut yg akan dibayar sepenuhnya oleh isteri
(hutang akan dibayar sepenuhnya oleh isteri) . Dan membuat satu lagi Sale
Purchase Agreement (SPA) yg baru menyatakan pihak suami telah menjual
rumah tersebut pada isteri. Maka dengan itu isteri akan mendapat hak milik
sepenuhnya pada rumah tersebut. Bekas suami telah bersetuju untuk
menurunkan tandatangan serta memberikan haknya serta faham mengenai
perjanjian tersebut.

Pada pendapat En Abd Rahaman, apakah perjanjian ini boleh diterima pakai
atau masihkan perlu pasangan tersebut membuat Harta Sepencarian
memandangkan masing2 telah bersetuju dengan cara ini? ( Isteri membayar
loan sepenuhnya, dan bekas suami memberikan hak nya ).


Kesudian En Abd Rahaman meluangkan masa membaca email saya diucapkan ribuan
terima kasih.

Surat_Wasiat said...

Perjanjian-Perjanjian yang dibuat tadi boleh dipakai bermakna rumah tadi menjadi milik penuh si isteri selepas isteri tadi membeli bahagian bekas suaminya.

Maz Rina said...

Assalamualaikum..

En.Abd Rahaman Rasid

saya mewakilkan diri bagi pihak ibu saya dari perak ingin meminta pendapat En.Abd Rahaman
tentang permasaalahan yg lebih kurang sama tapi ada beza sikit.
disini saya detailkan:-

Tahun 2007 ibu saya diceraikan diluar mahkamah & bapa saya berkahwin lagi di Thailand.
dikurniakan 4 orang cahaya mata

prosiding didengar pada pada Julai 2007 ,ketuka itu adik saya yg bongsu masih belajar di UKM & bujang

jadi pihak mahkamah Syariah megeluarkan :-
PERINTAH
kes ini telah didengar pada hari ini dengan kehadiran plaintif dan defendan dan setelah mendengar keterangan persetujuan daripada pihak plaintif dan defendan maka MAHKAMAH MEMERINTAHKAN SEPERTI BERIKUT:-

1) Plaintik dibenarkan mengambil keseluruhan hasil jualan kelapa sawit di felda sebagai bayaran nafkah anak setelah ditolak hutang dengan pihak felda

2) Defendan bersetuju melepaskan haknya daripada hasil sawit tersebut sepanjang pembayaran nafkah ini berlangsung

3) Perintah berkuatkuasa serta merta sehingga suatu perintah lain dikeluarkan.

dengan ketiga-tiga perintah yg dikeluarkan ianya berlanjutan sehingga sekarang 2010 yg menjadi persoalan saya sekarang adik bongsu saya sudah berkahwin & beliau juga telah habis belajar..jadi bagaimanakan process seterusnya..adakah ibu saya harus membuat process tuntutan harta sepencarian dimahkamah tinggi
yg menjadi persoalan saya sekarang ialah kerana tanah felda yg ada sekarang masih atas nama bapa saya, & mengikut kata puhak felda tahun depan akan dibuat projeck tanam semula ,ibu saya risau sekiranya sesuatu terjadi pada beliau bagaimanakah nasib anak2 & adakah tanah felda tersebut akan jatuh ketangan ibu tiri saya..untuk pengetahuan Encik bapa saya tidak mempunyai ank bersama isteri baru..

bolehlah kiranya En.rahaman memberi saya guide line process apakah yg
sepatunya ibu saya buat

Kesudian En Abd Rahaman meluangkan masa membaca email saya diucapkan ribuan
terima kasih.

Wassalam

adyseptember said...

Saya ada satu kemusykilan mengenai satu kes dan ingin mendapatkan nasihat dari En Abd Rahaman.

1.Adakah anak perempuan (anak tunggal) berhak menuntut Harta sepencarian Ayahnya?
utk makluman tuan,
- anak perempuan tersebut hasil dari perkahwinan pertama,baru sebulan berkahwin & tidak berkerja.
- Ibu tiri berkerja kerajaan & tidak mempunyai anak.
Peningalan arwah hanya 1 buah rumah yang dibeli bersama & 2 kereta yang dibeli oleh arwah.

2. Saya difahamkan pembahagian harta :
Isteri 1/8 & anak perempuan 4/8 bakinya 3/8 ke baitul mal.
boleh tuan, huraikan sebab2 nilai pembahagian tersebut?

Kesudian En Abd Rahaman meluangkan masa membaca email saya diucapkan ribuan,terima kasih.

KadPerubatan said...

Soalan Mazrina:
Puan dicadang merujuk kepada Ibu Pejabat Felda kerana mereka ada peraturan bagi menyelesaikan tuntutan hak milik tapak rumah dan kawasan kelapa sawit.

Soalan AdySeptember:
1. Biasa tuntutan harta sepencarian hanya melibatkan suami-isteri sahaja dan tidak melibatkan orang lain.
2. Formula tersebut berkaitan dengan Hukum Faraid. Ia tidak ada huraian kerana ia adalah daripada surah al-quran. J

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya ada terbaca blog tuan berkenaan Harta Sepencarian, dan saya ada isu yang memeningkan kepala sikit.


Isu Pertama:

Saya pernah berkahwin dulu pada tahun 1993 dan hanya mampu bertahan selama 10 tahun saja. Dari Hasil perkahwinan tersebut, kami mempunyai seorang anak lelaki (autistic). Kami juga telah membeli beberapa biji kereta dan rumah.

Kereta pertama kami adalan Honda Civic dari wang bekas suami saya (harta peninggalan arwah ayah beliau)
Kemudian di tukar ke Proton Saga Aeroback baru.

Pada masa yang sama saya membeli sebuah flat berharga RM58,500.
Lepas beberapa tahun berlalu, bekas suami pun membeli sebuah rumah teres tingkat berharga RM161,000 lebih.

Pembelian flat tersebut semuanya dari wang saya, dan pembelian rumah teres pulak adalah wang dari kami berdua.
(harta peninggalan arwah ayah beliau dan wang simpanan serta barang kemas yang saya gadaikan.)

Selepas berlaku perceraian, saya tidak menuntut apa pun, kerana tidak tahu menahu tentang hak saya, lagipun beliau ada memberi wang saraan untuk anak lelaki kami setiap bulan. Disamping itu beliau juga membeli semua persiapan persekolahan dan raya. Barang kemas yang saya gadaikan dan wang untuk pembelian dan renovation untuk rumah tersebut tidak dipulangkan kerana mengikut kata kakak nya pada masa itu.

Sekarang beliau telah pun berumah tangga dan ada memelihara seorang anak angkat perempuan (ada orang bagi tau).

Jadi persoalannya sekarang bolehka saya tuntut? adakah Flat saya akan dijual untuk memenuhi harta sepencarian tersebut, dan camna kiraanya? Apa yang saya risaukan adalah kebajikan anak lelaki kami yang autistic tu, saya tak mahu dia dianiaya kelak, camna saya nak buat?


Isu Kedua:

Selepas 5 tahun menjanda saya telah tertipu dan telah berkahwin dengan seseorang yang mengaku dirinya bujang, so kes poligami laa.

kami tinggal di Flat yang saya beli dulu, dan semua persiapan perkahwinan termasuk wang semasa di mahkamah Syariah semuanya saya yang tanggung, jadi beliau hanya bayar mas kahwn dan cincin sebentuk.

Sekarang ni saya ada membeli kereta baru dan mungkin akan membeli sebuah rumah lagi insyaallah.

Adakah suami saya sekarang boleh menuntut harta sepencarian tersebut, walaupun tidak mengeluarkan sesen pun.

Isteri pertama beliau mempunyai 3 orang anak - seorang lelaki dan 2 orang perempuan, saya pulak mempunyai seorang anak lelaki bersamanya.
Adakah isteri pertama jugak berhak tuntut semua harta yang dikumpulkan dari hasil titik peluh saya.

Saya amat risau memikirkannya, sebab saya tidak mahu 2 orang lelaki saya dianiaya kelak. untuk EPF dan Insurance, takda masalah sebab saya dah letak penama, tapi harta lain seperti wang simpanan, kereta, rumah dsb camna saya nak settle.

Adakah suami saya berhak tuntut jika berlaku lagi perceraian (bukan saya mintak).
Jika saya meninggal dulu, apa akan jadi pada kedua anak saya dan harta peninggalan saya yang ingin saya tinggalkan untuk anak-anak.
Jika suami meninggal dulu, adakah isteri pertama berhak menuntut semua harta pencarian kami.

Apakah hak saya, kalau suami tak letak nama saya dan anak dalam hartanya seperti EPF dan rumah.

saya amat berharap Tuan dapat memberi saya some insight camna nak settle ni.

Sekian Wassalam,

Anonymous said...

Assalamualaikum En Abd Rahman,
 
Saya ingin bertanya satu kemusyikilan.
 
Semasa di alam perkahwinan dengan bekas suami, suami telah membeli sebuah kereta dengan menggunakan nama saya.
 
Kini saya telah bercerai hampir 10 tahun dan bekas suami telah pun berkahwin lain dan mempunyai 2 orang anak.
 
Bekas suami tidak membayar ansuran kereta tersebut hampir 14 tahun dan kini pihak bank telah menyenarai hitamkan nama saya dan bakal diistihar muflis.  Kereta tersebut tidak pernah dibwah simpanan sy sejak bercerai dan kereta tersebut telah pun dilelong oleh pihak bank kerana bekas suami tidak menjelaskan tunggakan.
 
Bila saya menuntut pada bekas suami untuk melangsaikan hutan tersebut, seperti biasa selama 14 tahun jawapannya tiada duit.
 
Bolehkah saya menuntut di mahkamah syariah untuk dia menyelesaikan hutang tersebut kerana saya tidak mampu untuk membayar pihak bank.
 
Saya telah cuba mencari jawapan bg persoalan ini dan pandangan2 dari pihak lain, pengalaman2 yg seperti saya, ramai yang memberi jawapan negatif, mengatakan pihak lelaki akan lepas tangan walaupun tuntutan dibuat di mahkamah kerana agreement adalah di antara pihak bank dan saya sebagai peminjam.
 
Saya harap En Abd Rahman dapat membantu memberikan guidelines.
 
Terima Kasih.

SS 

Anonymous said...

Assalamualaikum EN Abd Rahaman,
Andaikata ada satu situasi dimana semasa hayat si suami dgn isteri pertama, semua barang isi rumah dibeli oleh isteri pertama dgn duit si isteri dan kemudiannya dia berkahwin dengan isteri kedua. Kemudian si suami meninggal dan si isteri kedua menuntu harta sepencarian. Soalannya adakah harta sepencarian yg dituntut itu termasuk dengan segala apa yg telah dibeli oleh isteri pertama dgan menggunakan duitnya sendiri..?

Anonymous said...

Assalamualaikum
Bagaimana dengan isteri yg bekerja dan suami juga bekerja tetapi tidak suami tidak pernah memberi walau sedikit pun dari gajinya. segala perbelanjaan rumah ditanggung isteri termasuk nursery, bil2 dan sewa rumah. Jika smpi waktu isteri ketiadaan duit dan meminta pada suami untuk belanja sekolah anak2 dan belanja rumah, suami sentiasa beritahu tiada duit. Si suami bekerja pun menggunakan kereta isteri sedangkan isteri terpaksa tebalkan muka dan bersusah payah mencari org2 lain untuk mghantar anak ke sekolah dan nursery. Si isteri juga menanggung pinjaman bernilai 240 ribu yang digunakan oleh si suami. Soalan saya, sekiranya berlaku perceraian bolehkah isteri menuntut hak2nya kembali. segala pinjaman dibayar oleh suami kepada isteri kerana gaji isteri sudah tidak cukup untuk menyara anak2.Atas tuntutan apa perlu dilaksanakan kerana ia bukanlah harta sepencarian.

Mohon kepastian