Saturday, January 30, 2010

Keterangan Harta Sepencarian Peserta Felda

Keterangan Harta Sepencarian Peserta Felda

Sumber: Laman Web Felda


1. Apakah yang dmaksudkan dengan harta sepencarian?

Harta sepencarian ialah mana-mana harta sama ada harta alih (harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, kenderaan dan peralatan rumah) atau harta tidak alih (harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan rumah) yang diperolehi oleh suami isteri selama perkahwinan mereka. Dalam konteks Felda, harta sepencarian meliputi:-

(i) Tanah Ladang
(ii) Tanah tapak rumah
(iii) Rumah
(iv) Harta-harta lain yang dibahagikan mengikut ketetapan mahkamah syariah negeri-negeri berkenaan.


2. Apakah syarat yang melayakkan seorang janda peneroka berhak mendapat harta sepencarian?

i) Janda peneroka yang layak menuntut harta sepencarian ialah mereka yang sama-sama masuk dan tinggal bersama suami di rancangan sehingga berlaku perceraian.

ii) Pada masa perceraian berlaku, rancangannya sudah mengeluarkan hasil/sistem blok dan peneroka telah mula melaksanakan Bayaran Memiliki Harta (BMH) kepada Felda atau;

iii) Pada masa perceraian berlaku, peneroka telah selesai membayar BMH kepada Felda dan menerima surat Hakmilik tanah.


3. Bagaimanakah pembahagian harta sepencarian dikira?

Kadar pembahagian harga sepencarian kepada janda peneroka bagi rancangan yang berhasil/sistem blok tetapi belum selesai BMH adalah berasaskan 50% daripada BMH yang telah dijelaskan kepada Felda. Kadar harta sepencarian kepada janda peneroka bagi rancangan yang telah selesai BMH adalah berasaskan kepada 1/3 daripada nilai tanah ladang, kawasan tapak rumah dan rumah peneroka.

Bayaran harta sepencarian akan terus dibayar walaupun isteri yang telah diceraikan oleh peneroka telah berkahwin semula. Sekiranya janda peneroka meningal dunia dan bayaran harta sepencarian oleh peneroka masih belum diselesaikan, anak mereka berhak menerima baki harta sepencarian tersebut.


4. Bagaimanakah proses untuk mendapat harta sepencarian oleh janda peneroka?

Permohonan untuk mendapatkan harta sepencarian dibuat oleh janda peneroka dengan mengisi Borang Tuntutan Harta Sepencarian yang boleh di dapati di rancangan. Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Peneroka rancangan berkenaan sebelum dimajukan kepada Pengurus Rancangan. Pengurus Rancangan akan mengesahkan kebenaran tuntutan tersebut dan seterusnya memajukan ke Pejabat Kawasan. Setelah disokong oleh Pengarah Kawasan, borang berkenaan dimajukan pula ke Jabatan Tanah Ibu Pejabat untuk tindakan selanjutnya. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.


5. Setelah berlaku perceraian apakah hak janda peneroka ke atas lot ladang (Hakmilik)?

a. Janda peneroka yang diceraikan berhak menuntut Hakmilik tanah bekas suaminya samada dalam bentuk nilai wang ataupun dimasukkan nama sebagai Hakmilik Bersama atas kadar ½ bahagian. Tuntutan ini adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Proses ini adalah bagi Hakmilik tanah yang telah didaftarkan.

b. Janda peneroka yang Hakmilik masih belum didaftarkan masih juga berhak untuk dimasukkan nama sebagai Hakmilik Bersama yang akan didaftarkan kelak tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah.

6. Bolehkah janda membuat tuntutan nafkah daripada bekas suaminya?

Tuntutan nafkah edah dan nafkah anak-anak dalam jagaan seseorang janda peneroka dibuat oleh janda berkenaan di Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran dengan rancangan bekas suaminya. Tuntutan ini tidak boleh dibuat melalui Felda kerana ianya di luar bidang kuasa pentadbiran Felda. Walau bagaimanapun Felda masih boleh membantu dalam urusan ini.

7. Adakah janda peneroka masih lagi berhak menerima bayaran harta sepencarian sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah sekiranya bekas suaminya meninggal dunia sebelum selesai bayaran tersebut dibuat?

Sekiranya bekas suami mati sebelum selesai bayaran Harta Sepencarian yang ditetapkan oleh Mahkamah, waris yang mewarisi Hakmilik tanah tersebut adalah bertanggungjawab menyelesaikan pembayarannya sehingga selesai.


8.Adakah janda peneroka berhak menuntut Harta Sepencarian setelah bekas suaminya meninggal dunia?

Sekiranya janda peneroka belum membuat tuntutan harta sepencarian sedangkan bekas suaminya pula telah meninggal dunia, maka ia masih berhak menuntut harta sepencarian tersebut di Mahkamah.

Adalah dinasihatkan supaya janda-janda peneroka supaya membuat tuntutan harta sepencarian sebaik sahaja berlaku perceraian.

Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad

Internet Wealth Report

14 comments:

Anonymous said...

Bagaimana nak mohon harta sepencarian sekiranya pasangan masih belum bercerai.. tetapi telah lama tidak bersama dan tinggal sebumbung? Ibu baru dapat tahu ayah telah menukar sebahagian harta yang merupakan harta sepencarian dengan ibu(tanah tapak rumah & kebun) tanah persendirian yang hanya nama ayah tertera dia atas geran kepada isteri ke dua dan anak2 mereka atas dasar hadiah. kes ini telah pun dibawa mahkamah.. adakah ibu saya boleh memohon haknya disitu? ibu telah menetap ditanah tersebut sebelum ibu berpindah ke tanah felda bersama ayah kerana mendapat bantuan kerajaan. sewaktu itu ayah merupakan bekas pencen askar.

mansid said...

Bahagian harta sepencarian antara suami-isteri ditulis dalam perjanjian semasa mereka hidup dan bahagia. Perjanjian itu akan menyatakan dengan jelas peratus harta yang akan diserahkan kepada isteri dan ia berkuat serta merta. Itu masa yang paling sesuai dibuat "Perjanjian Harta Sepencarian". Kalau dan bercerai, biasa isteri akan melantik peguam dan membawa kes ke mahkamah. Terpulang kepada isteri mengemukakan bukti yang isteri ada hak ke atas harta. Kalau suami tak setuju, beliau akan menentang dengan alasannya. Akhirnya Mahkamah yang akan menentukan.

heshell said...

ibu tiri saya tuntut harta sepencarian felda, setelah pembahagian secara faraid tidak dipersetujui. Ibu saya bersama ayah adalah yang mula2 meneroka tanah felda, selapas itu ibu tiri tinggal di felda bersama ayah sehingga ayah saya meninggal. Ayah dan ibu saya tidak bercerai. Berapakah nilai/bahagian yang akan diperolehi oleh ibu tiri saya dan adakah ibu saya juga boleh mendapat harta sepencarian tersebut.TQ

mansid said...

Konsep harta sepencarian tidak timbul kerana bapa pun dah meninggal. Jadi berbalik kepada hukum syarak sahaja. Oleh kerana ibu tiri adalah isteri, dia juga ada hak ke atas harta bapa. Bahagiannya adalah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Islam.

Anonymous said...

Assalamualaikum....Terima Kasih diatas maklumat Keterangan Harta Sepencarian Peserta Felda.ia sangan berguna dan serba sedikit dapat membantu merungkai pemasalahan yang melanda ibu saya tentang perkara ini.Harap akan ada lagi maklumat yang berguna dapat di paparkan tentang mereka yang ada masalah seperti ini.

intan said...

Assalammualaikum..Terima kasih di atas maklumat yang berguna ini

anakpeneroka said...

salam en mansid..
saya ada 1 soalan.

bagaimana sekiranya perserta rancangan ( ibu @ ayah )telah tiada.

contohnya. bapa telah meninggal dunia dan ibu telah berkahwin lain. adakah segala harta ( tanah ladang, tapak rumah & rumah )akan menjadi milik ibu dan suami baru, dan bagaimana pula dgn anak - anak arwah ini tadi..?

sekian. terima kasih.

Anonymous said...

salam en mansid..
saya ada 1 soalan.

bagaimana sekiranya perserta rancangan ( ibu @ ayah )telah tiada.

JAWAPAN: KALAU IBU-BAPA TIADA, ADA WARIS LAIN, IAITU ANAK-ANAK, DATUK DAN NENEK. KALAU TIADA,KENA CARI ADEK-ADEK BERADEK BAPA.

contohnya. bapa telah meninggal dunia dan ibu telah berkahwin lain. adakah segala harta ( tanah ladang, tapak rumah & rumah )akan menjadi milik ibu dan suami baru, dan bagaimana pula dgn anak - anak arwah ini tadi..?

KENA BELAJAR HUKUM FARAID TU. WARIS-WARIS YANG UTAMA IALAH ISTERI, ANAK-ANAK, BAPA DAN EMAK. ANAK TAK KIRA ISTERI MANA, KERANA ANAK TETAP ANAK.

anakpeneroka said...

tq en mansid.
jadi, wlpun ibu telah berkahwin lain, tanah felda milik ayah tu ttp dibahagikan ikut faraid?
kerana saya keliru ttg pembahagian mengikut kehendak felda dimana ibu menuntut 1/2 drpd harta bapa ( tanah ladang, tapak rumah, & rumah )

pembahagian 1/2 tu jika becerai hidup shj dan bkn meninggal dunia. begitu ke en mansid??

Perunding Wasiat said...

anakpeneroka said...

tq en mansid.

jadi, wlpun ibu telah berkahwin lain, tanah felda milik ayah tu ttp dibahagikan ikut faraid?
kerana saya keliru ttg pembahagian mengikut kehendak felda dimana ibu menuntut 1/2 drpd harta bapa(tanah ladang, tapak rumah & rumah)

pembahagian 1/2 tu jika becerai hidup shj dan bkn meninggal dunia. begitu ke en mansid??

Ini kena faham sikit fasal faraid bukan harta sepencarian. Ikut Faraid, bahagian ibu 1/8 kalau ada anak. Tak ada anak 1/4. Itu bagi kes bapa meninggal dan meninggalkan ibu. Kalau bercerai hidup, emak satu sen pun tak dapat. Tuntutan harta sepencarian boleh pakai bagi kes penceraian kerana ia bukan di bawah faraid.

Yang di atas ni fasal hukum faraid. Mengenai Felda ia tak sepatut bercanggah dengan hukum Islam tapi ada masalah pentadbiran sikit kerana tanah felda ni di bawah undang GSA (group settlement act). Jadi ada peraturan tertentu fasal pembahagian harta peneroka dan waris, jadi ini kena rujuk dengan Felda sendiri.

Student accommodation Leeds said...

hi:
nice and effective post according to his content. many people will defiantly will take some important ideas from this post and will make their business more profit able as compare to running business . matrimonial property is any property whether movable property (property that can be transferred, such as money, cars and home appliances) or immovable property (property that can not be transferred, such as land and houses) available to the husband and wife during their marriage.

Anonymous said...

En Mansid,

Ibu saya merupakan isteri kedua dan beliau sejak mula mengusahakan tanah felda sehinggalah ayah saya meninggal. Kini, isteri pertama ayah saya yang belum diceraikan, dan anak2nya ingin memohon hak mereka ke atas tanah kebun dan rumah felda. Adakah isteri pertama ayah saya mempunyai hak ke atas tanah felda sedangkan dia tidak mengusahakan tanah tersebut, dan bagaimana pula dengan anak2 beliau?

Anonymous said...

Ayah dan ibu saya antara peserta Awal felda (1968)..setelah ayah saya meninggal pada tahun 1989 segala pendapatan dari hasil ladang di miliki@diambil oleh ibu saya....akhir2 ini kakak saya yang sulong menyatakan ibu saya telah memakan harta anak yatim (kami adik beradik seramai 11 orang)dan dia meminta agar ibu saya menyerahkan hak nya setiap bulan. Soalan saya....Adakah ibu saya kena membahagikan pendapatan bulannya selama ini mengikut faraid kepada kami adik beradik setiap bulan? Apakah pandangan islam jika kami mengizinkan ibu mengambil semua pendapatan bulanan tersebut atas dasar.."biarlah dia merasai hasil penat jerihnya selama ini"..dan apakah hukumnya seorang anak (kakak saya yang sulong) yang menyatakan kelak ibu saya mati tidak diterima bumi kerana memakan harta anak yatim...anak yatim lagi kah kami jika yang bongu telah berusia 43 tahun dan yang sulong 65 tahun. Mohon penjelasan ustaz.

Nor&Lee SweetMemories said...

Salam...terima kasih atas informasi yang amat berguna. Saya mohon share blog encik. Terima kasih...