Kes Mahkamah Hanipah binti Mohd Nor Lawan Baharom bin Aman
Baharom dan Hanipah adalah pasangan suami-isteri yang telah mendirikan rumah tangga pada 1969 dan bercerai pada 2003. Pasangan tersebut adalah peneroka Felda, Bukit Senggeh, Melaka.
Selepas bercerai Puan Hanipah (plaintif) iaitu janda Baharom (defendan) telah membawa kes mereka ke Mahkamah bagi mengistiharkan tanah teroka Felda dan rumah kediaman mereka adalah harta sepencarian.
Harta yang dituntut oleh Puan Hanipah adalah seperti berikut:
(i) Sebidang hartanah di Mukim Nyalas, Daerah Jasin Melaka seluas 10.4 ekar
(ii) Sebidang hartanah di Mukim Nyalas, Daerah Jasin Melaka seluas 12,087 kaki persegi bersama sebuah rumah yang di bina semula oleh Plaintif sebanyak RM50,000 dari rumah asal FELDA.
Disamping menuntut tanah-tanah di atas sebagai harta sepencarian, Hanipah juga menuntut supaya kadar pembahagian harta sepencarian ialah 50:50.
Mahkamah telah membuat keputusan iaitu kedua-dua harta di atas adalah harta sepencarian dan harta itu dibahagi samarata antara isteri dan suami.
Mahkamah telah mengambil kira fakta-fakta berikut dalam membuat keputusan di atas, iaitu:
1. Pihak Plaintif telah membuat rayuan kepada FELDA sehingga FELDA memberi persetujuan menempatkan mereka sebagai anggota peneroka FELDA dan seterusnya berusaha bersama memajukan tanah FELDA tersebut.
2. Plaintif mengerjakan tanah-tanah tersebut bersama-sama anak-anak.
3. Plaintif adalah seorang guru Tadika dan beliau telah mengerjakan tanah tersebut sekembalinya ke rumah jam 2 petang. Kemudian di sebelah petangnya beliau akan ke kebun mengusahakannya dan akan kembali ke rumah apabila waktu asar.
4. Plaintif telah menyumbang usaha dan tenaga secara langsung dalam memperolehi tanah ini, seterusnya mengusahakannya serta telah mendidik anak-anak sehingga anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
5. Mahkamah dapati bahawa rumah dan tanah itu telah diduduki sejak mereka mula melangkah ke FELDA bersama suami sejak 1974 lagi. Ini bermakna di rumah mereka itulah mereka berteduh dan mendiami dan telah hidup sebagai pasangan suami isteri.
6. Mahkamah dapati Plaintif ada menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan rumah tersebut, iaitu dengan mengumpulkan wang ringgit hasil daripada gaji yang diterima oleh Plaintif untuk membesarkan rumah itu. Di samping itu juga segala hasil-hasil jualan getah dan kelapa sawit dikumpulkan untuk membesarkan rumah tersebut.
Nota:
1. Mengikut tafsiran Harta Sepencarian di dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002. Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum syarak.
2. Peruntukan Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka, jika dibaca bersama dengan tafsiran harta sepencarian di atas membawa maksud harta sepencarian tersebut boleh wujud dalam tiga keadaan.
Pertama: Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan dengan usaha bersama mereka.
Kedua: Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu.
Ketiga: Harta-harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan yang telah dimajukan kepada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad
Internet Wealth Report: Get Free Report
2 comments:
Salam En.Mansid,
Ibu dan bapa mertua saya adalah peneroka.Bapa mertua saya telah meninggal dunia dan meninggalkan 2 anak perempuan(berlainan ibu) dan 9 anak dgn ibu mertua kini.Sepatutnya, anak perempuan ayah mertua yg berlainan ibu itu berhak menuntut harta tapi ibu mertua saya bermati-matian mengatakan harta felda itu diperoleh bersama dia dan suaminya-tidak kena mengena dgn isteri@anak sebelumnya.Menguatkan lagi hujahnya, ibu mertua mengatakan bahawa ayah mertua saya tidak memberikan apa2 sumbangan dalam memperolehi harta Felda ini. saya khuatir suami adik beradik yg lain makan hak kakaknya.bagaimana.mohon penjelasan pihak tuan.Terima kasih
Elok bincang dengan Pengurus Rancangan Felda berdekatan. Mereka lebih tahu hal dan peraturan Felda
Post a Comment