Wednesday, January 6, 2010

Harta Sepencarian

Harta Sepencarian
Harta Sepencarian
Oleh: Abd Rahaman Rasid

1. Isu Harta Sepencarian

Isu tuntutan harta sepencarian kerap didengar apabila berlaku penceraian suami-isteri atau kematian pasangan. Dan kebiasaannya ia melibatkan tuntutan hak-hak isteri kepada bekas suami mereka. Tulisan dalam blog ini sekadar memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua pihak. Blog ini mungkin dapat mencelikkan mata kepada kita semua iaitu betapa pentingnya perancangan harta semasa kita sihat dan hidup.

2. Apa dia Harta Sepencarian?

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Harta Sepencarian ditakrifkan dalam Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 sebagai:

“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syaratsyarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;”


3. Konsep Mengenai Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat secara umumnya selepas berlaku penceraian dan kematian.

Professor Ahmad Ibrahim menyebutkan dalam bukunya "Islamic Law in Malaysia" yang diterbitkan pada 1965 oleh Malaysian Sociological Research Institute, pada mukasurat 389 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama yang mana kerja yang dilakukan menyebabkan pemilikan bersama; semasa berlaku penceraian atau kematian isteri mempunyai hak terhadap bahagian selain daripada penyelesaian perkara yang lain yang diwajibkan di bawah Undang-Undang Islam.

Di Kelantan, di dalam kes Hajjah Saudah v Hanafi (1990) 8JH 66, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa perintah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian pasangan.


4. Kesah Boto' binti Taha melawan Jaafar bin Muhamed

Dalam kes Boto' binti Taha v Jaafar bin Muhamed (1985) 2 MLJ 98, isteri membuat tuntutan harta sepencarian terhadap bahagian harta (alih dan tak alih) yang dibeli oleh suaminya semasa menjadi nelayan semasa mereka masih menjadi suami isteri. Dalam kes ini, apabila suami menceraikan isteri, Tun Salleh Abas C.J Malaya memutuskan harta alih (iaitu bot nelayan dalam kes ini) juga boleh diletakkan di bawah peruntukan harta sepencarian.

Apa yang dikira sebagai sumbangan boleh dikira sebagai harta sepencarian. Tun Salleh dalam kes Boto' binti Taha memutuskan bahawa walaupun isteri tidak memberikan sumbangan kewangan kepada suami untuk membeli harta-harta tersebut, tetapi isteri telah banyak kali menemani suaminya ketika pergi menangkap ikan di laut. Ini sudah cukup untuk dikira sebagai "sumbangan" dalam membeli harta tersebut apabila berlaku pertikaian.

Tun Salleh dalam keputusannya menyebut: "Sungguhpun isteri itu tidak mengambil bahagian secara langsung dalam perniagaan ikan suaminya, kehadiran isteri menyebabkan ketenangan fikiran suami yang membolehkannya mebnguruskan perniagaannya dengan tenang dan berkesan." Fakta perkahwinan dan apa-apa yang dilakukan dalam perkahwinan itu yang menjadikannya harta-harta itu harta sepencarian.


5. Kes Robert@Kamarulzaman Melawan Ummi Klathum

Dalam kes Robert@Kamarulzaman v Ummi Klathum [1966] MLJ 163, suami ialah seorang askar British yang memeluk agama Islam telah berkahwin dengan wanita Melayu dan telah membeli harta semasa dalam ikatan perkahwinan dan menamakan harta tersebut di bawah nama isterinya. Apabila berlaku perceraian, suami telah menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa harta itu memang harta sepencarian, walaupun pada masa itu plantif bukanlah seorang Melayu tetapi orang Inggeris yang telah Islam.


6. Pelaksanaan Konsep Harta Sepencarian

Doktrin harta sepencarian telah diberi pengiktirafan oleh semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Yang penting ialah penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan diselesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum dibuat pembahagian harta mengikut sistem faraid.

7. Perkhidmatan Harta Sepencarian Yang Ditawarkan Oleh Syarikat Amanah as-Salihin

Sudah menjadi kebiasaan bagi benefisiari lain mempertikaikan harta sepencarian setelah kematian suami atau isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku, as-Salihin akan menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian yang mampu untuk mengelakkan masalah perbalahan harta sepencarian di masa hadapan.

8. Kebaikan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

(i) Semua pihak khususnya suami isteri boleh berbincang, besetuju dan memutuskan hak serta pembahagian harta sepencarian semasa mereka hidup lagi,

(ii) Dokumen persetujuan harta sepencarian semasa hidup dapat melindungi hak suami isteri,

(iii) Semua pihak khususnya suami-isteri akan berpuas hati mengenai hak harta sepencarian semasa mereka masih hidup lagi.

(iv) Apabila suami- isteri telah membuat pembahagian harta sepencarian semasa hidup (melalui Deklarasi Harta Sepencarian), ia akan mempercepatkan proses pembahagian harta samada selepas penceraian (elakkan perkara ini...sekadar contoh saje) atau selepas kematian iaitu proses pembahagian harta mengikut wasiat atau faraid.

(v) Dengan adanya dokumen pembahagian harta sepencarian, ia dapat menjimatkan masa proses pembahagian harta berbanding tuntutan harta sepencarian selepas berlaku penceraian atau kematian. Ini kerana si penuntut hendaklah membuktikan melalui dokumen, resit dan hujah di depan Hakim bagi menuntut jumlah harta pencarian yang dikehendaki.

(vi) Pembahagian harta sepencarian semasa suami isteri masih hidup akan dapat mengelakkan perbalahan di kemudian hari oleh suami isteri yang telah bercerai tetapi juga ahli-ahli keluarga pihak pasangan terutama apabila salah seorang pasangan meninggal dunia.

Nota: Sebahagian besar daripada maklumat dan fakta dalam artikel ini dipetik daripada Manual Perancangan Harta Islam terbitan as-Salihin Trustee Bhd.

harta sepencarian
Perancang Harta Islam
Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad

Internet Wealth Report

9 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Saya dan arwah ayah telah membeli sebuah rumah secara bersama(deposit dibayar oleh arwah) melalui pinjaman bank,dengan kata lain rumah tersebut mempunyai dua penama.Arwah ayah meninggal dunia sebelum bayaran pertama dibuat kepada pihak bank dan tanpa meninggalkan wasiat.Memandangkan ianya dibeli dengan dua insuran(nama saya dan nama arwah) maka saya harus melunaskan baki hutang tersebut.soalan saya ialah:
1) adakah harta tersebut tergolong dalam kategori harta pusaka?
2) jika harta pusaka bagaimanakah cara pembahagian harta tersebut jika saya mempunyai adik beradik.

diharap tuan dapat membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Saya dan arwah ayah telah membeli sebuah rumah secara bersama(deposit dibayar oleh arwah) melalui pinjaman bank,dengan kata lain rumah tersebut mempunyai dua penama.Arwah ayah meninggal dunia sebelum bayaran pertama dibuat kepada pihak bank dan tanpa meninggalkan wasiat.Memandangkan ianya dibeli dengan dua insuran(nama saya dan nama arwah) maka saya harus melunaskan baki hutang tersebut.soalan saya ialah:
1) adakah harta tersebut tergolong dalam kategori harta pusaka?
2) jika harta pusaka bagaimanakah cara pembahagian harta tersebut jika saya mempunyai adik beradik.

diharap tuan dapat membantu.

Dokumen Harta Sepencarian said...

1. Sekiranya nama ayah tercatit dalam harta tersebut, ia tetap harta pusaka tanpa mengira siapa yang menjelaskan hutang tersebut. Jika nama saudara ada, bermakna hak saudara 50% dah hak arwah 50%.

Harta pusaka di sini ialah 50% milik arwah ayah dan waris-waris berhak ke atas harta 50% itu, termasuk saudara sebagai waris.

2. Jika bapa tidak meninggalkan wasiat, maka saudara bolehlah pergi ke Pejabat Daerah/Tanah iaitu Bahagian Harta Pusaka bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kaedah pembahagian harta pusaka. Adik beradik dan ibu saudara (jika masih hidup) adalah waris harta ayah saudara. Jika salah seorang adek-beradik saudara meninggal dunia dalam masa terdekat, maka anak mereka akan menjadi waris kepada ibu-bapa mereka. Keadaan akan jadi komplikated. Maka segeralah ke Pejabat Tanah/Daerah.

3. Untuk masa hadapan, saudara boleh menghubungi saya dalam menyediakan wasiat untuk anak-anak dan isteri saudara. Wasiat adalah satu bentuk perancangan harta semasa kita hidup lagi.

Anonymous said...

terima kasih untuk penerangan tersebut

Anonymous said...

Assalamualaikum wb. tuan

Bekas suami saya telah membeli rumah sebelum berkahwin dengan saya dan dibayar secara ansuran. Selepas bercerai bolehkan saya menuntut harta sepencarian. Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum Tuan,

sy ingin btanya..dlm kes ni abg kandung sy br bcerai.sblm ni abg sy tidak mahu bt tuntutan harta sepencarian tp apabila bekas isterinya sntiasa menggangu dgn menuntut yang macam2,jd abg sy tpaksa mbuat tuntutan harta sepencarian jg.tapi masalahnya abg sy tidak ada semua dokumen2 yg bekaitan dgn harta-harta dia.semuanya ada pd bekas isteri.sblm ni kita bnyk dgr hanya kaum wanita je yg mgadu hal tuntutan harta sepencarian apabila bcerai tp skrg ini kes lelaki pulak traniaya dr bekas isteri.sy nk minta pendapat Tuan ttg kes abg sy ni.utk pengetahun Tuan,semasa abg sy berumahtgga dgn bekas isterinya hny abg sy saja yg bkerja,bekas isterinya hny suri rumah.kbanyakkn harta yg ada sperti kenderaan2x masih nama orang lain tapi memang abg sy yg beli dgn duit dia sendiri.adakah ini boleh tmasuk dlm harta spencarian abg sy ke?? bolehkan abg sy dtg ke mahkamah utk bt tuntutan harta spencarian tanpa segala dokumen harta?? sy minta tolong Tuan terang dan jelaskn apa yg perlu abg sy buat utk kes ini.sy kasihan pd abg kandung sy krn selalu dganggu bekas ietrinya yg giler harta dan mata duitan.

terima kasih....

mustaqim mustaffa said...

Salam,arwah datuk saya berkahwin dua,rumah yg dibina drpd wang datuk,tanah tapak rumah tu milik isteri pertama,berhak atau tidak isteri ke 2 thadap rumah trsebut

mustaqim mustaffa said...

datuk saya brkahwin dua, rumah yg dibina dpd hasil wang datuk,tanah tapak rumah milik isteri pertama.adakah isteri kedua berhak thadap rumah tersebut?