Sunday, January 10, 2010

Bagaimana Dokumen Harta Sepencarian Disediakan?

harta sepencarian
Tuntutan Harta Sepencarian
Bagaimana Dokumen Harta Sepencarian Disediakan?
Oleh: Mansid, CFP

1. Isu

Kita boleh membaca artikel, berita, laman web dan blog yang membicarakan tentang subjek harta sepencarian. Tetapi kita jarang berjumpa bagaimana dokumen harta sepencarian disediakan.

Tulisan saya ini menerangkan secara ringkas bagaimana dokumen harta sepencarian disediakan semoga hak-hak harta sepencarian dapat dilaksanakan dengan jayanya kemudian hari oleh si penuntut harta sepencarian, terutamanya kes tuntutan harta sepencarian dibawa ke mahkamah.

Fokus pembaca tulisan saya ini ialah isteri-isteri kerana mereka inila yang kerap menjadi mangsa kepada tuntutan harta sepencarian, walaupun pada hakikatnya harta sepencarian adalah hak suami dan isteri.

2. Dapatkan Penasihat Penyediaan Dokumen Harta Sepencarian

Langkah pertama ialah mendapatkan perancang harta Islam yang boleh membantu anda dalam menerangkan konsep harta sepencarian. Perancang harta itu hendaklah tahu perkara asas kaedah pembahagian harta di bawah Hukum Faraid. Ini kerana pembahagian harta di bawah Faraid berkait rapat dengan pembahagian harta di bawah harta sepencarian.

Dari segi turutan, pembahagian harta pencarian hendaklah diselesaikan dahulu sebelum pembahagian harta menurut Faraid.

Perancang Harta harus memberi penerangan yang jelas bagaimana menyediakan dokumen harta sepencarian.

3. Proses Penyediaan Dokumen Harta Sepencarian

(a) Suami-isteri hendaklah menyenaraikan harta yang dimiliki atas nama suami, nama isteri dan pemilik bersama suami-isteri.

(b) Suami-isteri hendaklah bersetuju menentukan senarai harta atas nama isteri sahaja dan atas nama suami sahaja yang hendak dikelaskan sebagai harta sepencarian.

(c) Daripada senarai harta sepencarian itu, suami-isteri hendaklah menentukan peratus harta pencarian yang dibahagikan kepada pasangan masing-masing.

Contoh 1: rumah banglo atas nama suami, dan suami bersetuju membahagikan 50% kepada isteri (baki 50% hak suami).

Contoh 2: Tanah dusun seluas 10 ekar atas nama isteri, dan isteri bersetuju membahagikan 30% kepada suami.

(d) Senarai harta sepencarian di atas akan diserahkan kepada Perancang harta bagi membolehkan Perancang Harta menyediakan deraf Perjanjian Harta Sepencarian untuk disemak oleh suami-isteri.

(e) Perjanjian Harta Sepencarian akan disediakan oleh syarikat di mana Perancang Harta itu bertugas dan ia akan mengandungi maklumat penting berikut:

>>Suami-isteri dengan rela hati menyenaraikan harta spencarian dengan peratus pembahagiannya pada tarikh perjanjian,

>>Perjanjian Harta Sepencarian tidak boleh dibatalkan atau dipinda kecuali ada persetujuan antara suami-isteri,

>>Perjanjian ini mengikat semua pihak, waris dan wasi,

>>Sekiranya suami atau isteri gagal atau enggan mematuhi perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian ini, maka pihak yang terkilan bolehlah mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang ingkar itu,

>>Suami-isteri akan menandatangani Perjanjian ini dengan saksi yang cukup

harta sepencarian
Perancang Harta Islam
Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad

7 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum cik abd rahman..sy ade 1 kemusykilan mengenai harta sepencarian...bagaimana dengan rumah y masih dalam loan n ia juga atas nama suami dan mmg dibayar oleh suami,bolehkah dituntut oleh isteri setelah bercerai sebagai harta sepencarian?adakah dengan menjual rumah msh dalam loan tersebut kemudian dibahagi sama rata ke ats bekas suami dan isteri?mohon cik abd rahman dapat menjawab persoalan sy ini..terima kasih....

mansid said...

Isteri yang telah diceraikan masih boleh menuntut harta sepencarian daripada suami. Hanya bekas suami yang malaikat sahaja akan membahaginya. Jika tidak, isteri boleh menuntut melalui proses mahkamah. Isteri kena menyakinkan mahkamah yang dia ada hak ke atas harta itu, seperti dokumen membaiki rumah yang menggunakan duit isteri, resit bayaran ansuran pinjaman oleh isteri, tempat bersama suami membesarkan anak-anak dan sebagainya. Terpulanglah kepada mahkamah memutuskannya. Kalau bekas isteri menang, dapatlah harta sepencarian tu. Kalau kalah, kena tanggung kos guaman....

ummul said...

assalammualaikum en.adb.rahman...
saya tanya...kebanyakan kes yang kita dengar tututan harta sepecarian kebykkannya akan berpihak kepada isteri...saya inin tahu bagaimana pulak ttg nasib si bekas suami...adakah dia juga mempnyai hak di atas harta dari sebelah isterinya...yang saya fahamlah kedua-dua belah pihak haruslah mengistiharkan semua harta yang ada diatas nama masing2 dan kemudian akan dikira oleh pihak mahkamah jumlah yang boleh dituntut...tapi bagaimana pulak kesnya yang pihak bekas isteri hanya nampak harta sepencarian dari sebelah xsuaminya sahaja...

ummul said...

assalammualaikum en.adb.rahman...
saya tanya...kebanyakan kes yang kita dengar tututan harta sepecarian kebykkannya akan berpihak kepada isteri...saya inin tahu bagaimana pulak ttg nasib si bekas suami...adakah dia juga mempnyai hak di atas harta dari sebelah isterinya...yang saya fahamlah kedua-dua belah pihak haruslah mengistiharkan semua harta yang ada diatas nama masing2 dan kemudian akan dikira oleh pihak mahkamah jumlah yang boleh dituntut...tapi bagaimana pulak kesnya yang pihak bekas isteri hanya nampak harta sepencarian dari sebelah xsuaminya sahaja...

Norfariha said...

salam en. abdul rahman..bagaimana kalau ade pertambahan harta selepas membuat deklarasi semua harta didalam perjanjian,adakah perlu membuat perjanjian yang baru atau hanya menambah item dalam perjanjian?

mansid said...

Bagi mengelakkan kekeliruan, perjanjian baru akan disediakan.

Miss Sakura said...

Assalammualaikum,

En. Abd. Rahman, saya ingin bertanya, ayah saya ada sebuah rumah yang dibeli semasa ayah dan ibu saya berkahwin (ibu isteri pertama). Rumah itu atas nama ayah saya sepenuhnya.Tapi setelah beberapa tahun, ayah saya berkahwin kali kedua. Soalan saya:
1) layakkah isteri kedua mendapatkan hak atau menuntut rumah tersebut sekiranya ayah saya sudah tiada?
2) Adakah rumah itu perlu dijual dan dibahagikan ikut faraid?
3) Adakah rumah itu dikira harta sepencarian?
4)Sekiranya ibu saya tiada, dan ayah masih hidup, adakah ibu tiri saya boleh menuntut hak ke atas rumah tersebut?
5)Sekiranya ya bagi soalan 1 dan 5, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan supaya isteri kedua ayah saya tidak menuntut rumah tersebut?
Sekian, persoalan saya, terima kasih.